arivial paadam
Followers
About Me
Friday, January 21, 2011
lipas
Lipas dipercayai telah wujud sejak lebih 250 juta tahun yang lalu.Lipas dikenali sebagai serangga perosak yang paling bahaya dan tahan lasak sekali. Kemampuannya untuk hidup dan selamat dalam apa-apa sahaja keadaan amat mengagumkan.
Dalam letupan bom atom di Hiroshima misalnya, lipas merupakan satu-satunya serangga yang terselamat daripada malapetaka uatan manusia itu.Kajian yang dibuat menunjukkaan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lipas telah membina sistem ketahanan untuk menentang beberapa jenis kimia racun serangga.
Selain memiliki rupa bentuk yang hodoh, lipas juga mengeluarkan bau yang busuk. Serangga ini mempunyai tabiat menabur najis sambil makan dan meningalkan bakteria di merata-rata tempat. Lipas menyebarkan kuman pembawa penyakit yang menyebabkan kelopak mata bengkak, cirit-birit, disenteri, hepatitis dan dermatitis.
Terdapat lebih 4,000 spesis lipas di dunia ini. Walaubagaimanapun,hanya tiga spesis yang membiak di negara iaitu lipas Jerman,lipas Amerika dan lipas belang coklat.Lipas Jerman dan lipas belang coklat memiliki ciri-ciri yang hampir sama.Cuma yang berbeza ialah lipasJerman boleh memanjat dinding dan kaca yang licin.Seekorlipas Jerman boleh membiak 400,000 baka lipas setahun. Lipas Amerika pula mempunyai saiz yang lebih besar.
Lipas biasanya hidup di tempat yang lembap dan di tempat makanan diperoleh. Bagi mengelakkan pembiakan lipas, kita kena pastikan tempat kediaman dalam keadaan yang bersih. Jika tidak, lipas akan bermaharajalela dan merosakkan harta benda...
Subscribe to:
Comments (Atom)